
LAWAS: Para penerima bantuan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dinasihat supaya berhemah dalam perbelanjaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri.
Ketua Bahagian TBS Limbang, Nor Nadiah Abas, memberitahu bahawa ramai golongan asnaf bakal menerima pelbagai sumbangan daripada TBS serta pihak-pihak yang prihatin sepanjang Ramadan ini.
Oleh itu, katanya, mereka digalakkan merancang dengan baik penggunaan semua sumbangan yang diterima supaya dapat dimanfaatkan sepanjang bulan-bulan akan datang.
“Kita sedar ramai telah dan akan menerima sumbangan daripada pelbagai pihak, termasuk golongan dermawan, sepanjang bulan puasa ini.
“Oleh itu, kita tidak seharusnya berbelanja boros dan perlu merancang perbelanjaan untuk bulan-bulan mendatang yang dijangka mencabar,” katanya pada majlis iftar yang diadakan di sebuah restoran di Lawas petang semalam.
Katanya, pihak TBS juga sedang dalam proses mengkreditkan bantuan bulanan kepada penerima secara berperingkat.
Tambahnya, mereka dinasihatkan bersabar dan sentiasa menyemak akaun masing-masing bagi memastikan bantuan yang sedang diproses telah diterima.
Seramai 18 keluarga asnaf di Lawas hadir RM14, 950 bantuan kewangan daripada TBS telah diserahkan kepada 18 keluarga pada majlis berkenaan.
Oleh Adeng Edrus