
MIRI: Sambutan Chap Goh Meh di Tokong Tua Pek Kong di sini berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung yang membanjiri lokasi acara seawal petang semalam bagi meraikan hari ke-15 sekali gus menutup tirai perayaan Tahun Baharu Cina.

Majlis yang dianjurkan oleh pihak pengurusan tokong itu turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin dan Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang.
Perayaan berkenaan dimeriahkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan seperti tarian singa, tarian naga serta nyanyian dan tarian tradisional Cina yang memukau para hadirin.
Chap Goh Meh yang diraikan pada hari ke-15 Tahun Baharu Cina bukan sahaja menandakan penutup perayaan, malah menjadi platform mengeratkan perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.
Oleh Liong Chai Ling