Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rakyat Malaysia di Asia Barat dinasihat patuh arahan kedutaan dan daftar kehadiran
  • TEMPATAN

Rakyat Malaysia di Asia Barat dinasihat patuh arahan kedutaan dan daftar kehadiran

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah ditemu bual media selepas merasmikan Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2026 di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

SARIKEI: Rakyat Malaysia yang kini berada di beberapa negara Asia Barat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi arahan pihak kedutaan dan memastikan keberadaan mereka didaftarkan bagi memudahkan urusan pemantauan dan bantuan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata pihak kedutaan sentiasa mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

“Pada masa ini, sebenarnya pihak kedutaan selalu mengeluarkan kenyataan untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan juga selalu diberi nasihat supaya keberadaan mereka didaftarkan kepada pihak kedutaan.

“Ini akan membolehkan pihak kedutaan mengetahui di mana mereka berada dan sekiranya berlaku apa-apa, senang untuk pihak kedutaan untuk berhubung dengan mereka,” katanya.

RAKAM KENANGAN… Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len TalIf Salleh bergambar bersama penerima bantuan bulanan JKM Sarikei sempena Aidilfitri. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis Sejambak Kasih Aidilfitri 2026 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarikei di Dewan Serbaguna, Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak Bahagian Sarikei, hari ini.

Katanya, aspek yang sangat penting bagi rakyat Malaysia yang sedang terkandas di negara-negara Asia Barat adalah aspek keselamatan.

“Apa yang sangat penting ialah dari aspek keselamatan mereka ini dan kita doakan bahawa semua rakyat Malaysia yang sekarang ini berada di negara-negara Asia Barat, sama ada di Abu Dhabi, Dubai, Doha, semunya mesti berjaga-jaga dan ambil perhatian dan nasihat dari pihak kedutaan. 

“Pihak kedutaan akan berhubung dengan kita di Malaysia terutama keluarga yang terlibat.

“Sangat penting adalah patuhi arahan dari pihak kedutaan. Kita juga tahu, usaha sedang dijalankan bagi yang terkandas, ada yang ditempatkan di hotel dan dari segi penerbangan mereka juga, sekarang diusahakan,” katanya. 

Fatimah turut memberikan contoh berkenaan anak beliau bersama keluarga masih berada di salah sebuah negara Asia Barat.

“Saya beri contoh, anak saya sudah beli tiket penerbangan untuk dia dan keluarga balik ke Malaysia pada Aidilfitri ini, tetapi saya rasa dengan keadaan yang mana penutupan ruang udara itu, mungkin agak sukar sedikit.

“Walaupun sukar bagi kami yang menerima, saya faham bahawa rakyat Malaysia lain yang kini terkandas pasti berat hati menerima berita bahawa mereka terpaksa menunggu lagi untuk mendapatkan penerbangan atau pertukaran penerbangan. Keadaan ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

“Kita yang di Malaysia ini, kita doakanlah agar keadaan bertambah baik untik membolehkan penerbangan disambung semula. Semoga mereka semua berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Jelasnya, pendaftaran dengan pihak kedutaan amat penting bagi memastikan saluran komunikasi dapat dilakukan dengan lebih pantas, terutama dalam situasi yang melibatkan penutupan ruang udara dan gangguan penerbangan.

Fatimah turut berharap agar keadaan keselamatan di rantau tersebut akan kembali stabil dalam masa terdekat supaya urusan penerbangan rakyat Malaysia yang terkandas dapat disambung semula dengan selamat.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Situasi denggi di MJC terkawal, orang ramai diminta tidak sebar khabar angin
Next: Sarawak teras penyelesaian perubahan iklim negara – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.