Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Tiga fakta menarik EPL hujung minggu  – perebutan takhta liga, 5 pasukan teratas 
  • SUKAN

Tiga fakta menarik EPL hujung minggu  – perebutan takhta liga, 5 pasukan teratas 

Utusan Sarawak 4 hours ago

Arsenal menundukkan Chelsea hasil dua gol sepakan penjuru. — Foto AFP

MANCHESTER: Perebutan takhta Liga Perdana Inggeris terus membara apabila pendahulu Arsenal kekal lima mata di depan Manchester City selepas kedua-duanya mencatat kemenangan tipis.

City menewaskan Leeds United 1-0 sebelum Arsenal membalas dengan kemenangan 2-1 ke atas Chelsea menerusi kekuatan set-piece. 

Dalam perebutan tiket Liga Juara-Juara, Aston Villa tercicir, manakala Manchester United dan Liverpool semakin menghimpit.

Raja sepakan sudut

Dua gol hasil sepakan penjuru oleh William Saliba dan Jurrien Timber menyaksikan Arsenal kini mengumpul 16 gol liga daripada situasi itu — menyamai rekod semusim EPL.

Pengurus Mikel Arteta lega melihat senjata ‘set-piece’ kembali berbisa selepas beberapa aksi hambar. 

Walaupun dikritik kerana corak permainan lebih pragmatik berbanding era Arsene Wenger, Arsenal membuktikan mereka kini lebih matang dan tahan tekanan.

City masih ada satu perlawanan dalam tangan, namun laluan Arsenal dilihat lebih cerah dengan hanya satu baki aksi menentang pasukan kelompok enam teratas.

Impak segera Semenyo

Pelaburan City terhadap Antoine Semenyo nyata berbaloi apabila jaringan keenamnya dalam 11 perlawanan memastikan kemenangan penting di Elland Road.

Antoine Semenyo terus jadi taruhan Manchester City dalam pemburuan gelaran. — Foto AFP

Anak buah Pep Guardiola kini bangkit dengan empat kemenangan berturut-turut, menghidupkan semula bayangan kebangkitan dramatik seperti musim-musim lalu.

Di benteng pertahanan, kehadiran Marc Guehi turut menstabilkan barisan belakang yang sebelum ini dihimpit kecederaan.

Villa hilang momentun

Villa kendalian Unai Emery semakin tertekan selepas tewas mengejut kepada Wolverhampton Wanderers – kemenangan liga kedua Wolves musim ini.

Unai Emery yakin Aston Villa masih di landasan tepat meskipun tewas kepada Wolves. — Foto AFP

United kini melonjak ke tangga ketiga manakala Liverpool hanya tiga mata di belakang Villa. 

Namun, peluang masih terbuka luas buat Villa kerana lima pasukan teratas hampir pasti layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Aksi menentang Chelsea minggu ini bakal menjadi penentu sama ada Villa mampu kembali menghidupkan impian Eropah mereka.- AFP

Continue Reading

Previous: Arsenal kukuh di puncak, tewaskan Chelsea

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.