Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kemarau lapan tahun berakhir, Jin Wei rangkul gelaran di Singapura
  • SUKAN

Kemarau lapan tahun berakhir, Jin Wei rangkul gelaran di Singapura

Utusan Sarawak 10 hours ago
PEMAIN perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei menamatkan kemarau kejuaraan selama lapan tahun apabila muncul juara Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura, hari ini.

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei menamatkan kemarau kejuaraan selama lapan tahun apabila muncul juara Kejohanan Cabaran Antarabangsa Singapura, hari ini.

Pilihan ketiga itu menepati ramalan apabila hanya mengambil masa 30 minit untuk menewaskan pemain Indonesia yang tidak diletakkan sebagai pilihan, Komang Ayu Cahya Dewi, 21-11, 21-11 pada aksi final yang berlangsung di Singapore Badminton Hall East Coast @ Expo.

Kejayaan itu menyaksikan pemain ranking ke-55 dunia berkenaan meraih gelaran sulung Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sejak menjuarai Cabaran Antarabangsa Orleans di Paris pada 2016.

Pemain berusia 26 tahun itu sebelum ini turut meraih pingat emas perseorangan wanita Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, emas Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires serta muncul juara Kejohanan Dunia Remaja sebanyak dua kali pada 2015 dan 2018.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Yamal ledak hatrik, Barca kian selesa
Next: United lonjak ke tangga ketiga, Spurs terus merana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.