Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool belasah West Ham, City tanpa Haaland diuji Leeds
  • SUKAN

Liverpool belasah West Ham, City tanpa Haaland diuji Leeds

Utusan Sarawak 5 hours ago

Alexis Mac Allister antara penjaring ketika Liverpool membelasah West Ham 5-2 di Anfield. — Foto AFP

LIVERPOOL: Liverpool melonjak ke kelompok lima teratas Liga Perdana Inggeris selepas membenam West Ham United 5-2 di Anfield, sebentar tadi ketika Manchester City terus memburu pendahulu liga dalam perebutan kejuaraan.

Tiga gol babak pertama – semuanya menerusi situasi bola mati – daripada Hugo Ekitike, Virgil van Dijk dan Alexis Mac Allister meletakkan anak buah Arne Slot di landasan untuk meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam semua kejohanan.

Virgil van Dijk meledak gol dalam kemenangan keempat berturut-turut Liverpool. — Foto AFP

Dua lagi jaringan disempurnakan oleh gandingan Belanda, Cody Gakpo dan Jeremie Frimpong selepas rehat, namun di sebalik keputusan besar itu, persembahan juara England berkenaan masih belum benar-benar meyakinkan.

Kekalahan itu menjadi tamparan hebat buat West Ham yang kini kekal dua mata di bawah zon selamat. 

The Hammers bangkit dua kali pada separuh masa kedua menerusi Tomas Soucek dan Valentin Castellanos, malah berpeluang menambah jaringan di Anfield.

Kedudukan lima teratas hampir pasti menjamin tiket Liga Juara-Juara musim depan susulan prestasi cemerlang kelab England di pentas Eropah. 

Liverpool kini tiga mata di depan Chelsea yang bakal berdepan tugas sukar menentang Arsenal awal pagi Isnin.

City pula ketinggalan lima mata di belakang Arsenal tetapi memiliki satu perlawanan dalam tangan. 

Namun, anak buah Pep Guardiola terpaksa beraksi tanpa penjaring terbanyak, Erling Haaland yang mengalami kecederaan lutut dan terlepas kunjungan ke gelanggang kelahirannya menentang Leeds United.

City perlu berwaspada kerana Leeds hanya tewas dua kali dalam 16 perlawanan semua kejohanan.

Brentford hampakan Burnley

Dalam satu lagi aksi dramatik, Brentford menewaskan  Burnley 4-3 di Turf Moor, sekali gus menjejaskan lagi peluang tipis tuan rumah untuk kekal dalam saingan.

The Bees mendahului 3-0 dalam tempoh 34 minit pertama hasil jaringan berganda Mikkel Damsgaard serta gol Igor Thiago dan Kevin Schade. 

Gol sendiri Michael Kayode menghidupkan peluang Burnley sebelum Jaidon Anthony dan Zian Flemming menyamakan kedudukan.

Flemming menyangka beliau melengkapkan kebangkitan sensasi, namun VAR membatalkan jaringan itu kerana ofsaid. 

Sebaliknya, Damsgaard muncul wira Brentford dengan gol kemenangan pada masa kecederaan.

VAR sekali lagi menjadi tumpuan apabila gol penyamaan minit ke-98 Ashley Barnes dibatalkan atas kesalahan bola terkena tangan.

Everton terus mara

Everton mencatat kemenangan bergaya di tempat lawan apabila menundukkan Newcastle United 3-2 di St James’ Park.

Tiga kali The Toffees mendahului menerusi Jarrod Branthwaite, Beto dan Thierno Barry. 

Newcastle kini tergelincir ke tangga ke-12 dan harapan mereka musim ini bergantung kepada aksi Liga Juara-Juara menentang Barcelona serta pertemuan Piala FA dengan City.

Walaupun bergelut menyesuaikan diri di Stadium Hill Dickinson, Everton kendalian David Moyes kini menghuni tangga kelapan dan hanya Arsenal mengutip lebih banyak mata di tempat lawan musim ini.

Sementara itu, AFC Bournemouth melanjutkan rekod tanpa kalah kepada lapan perlawanan liga selepas seri 1-1 dengan Sunderland.

Evanilson memadam jaringan awal Eliezer Mayenda untuk memastikan satu mata buat tuan rumah. – AFP

Continue Reading

Previous: Bournemouth terikat, peluang ke Eropah sedikit terjejas
Next: Semenyo tenggelamkan Leeds, City rapatkan jurang dengan Arsenal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.