Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 21 warga asing ditahan dalam serbuan premis judi atas talian di Siburan, Batu 7
  • JENAYAH

21 warga asing ditahan dalam serbuan premis judi atas talian di Siburan, Batu 7

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITAHAN… 21 warga asing ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Sarawak ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi atas talian di sekitar Siburan dan Batu 7. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

KUCHING: Seramai 21 warga asing ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi atas talian di sekitar Siburan dan Batu 7.

Menurut kenyataan media JIM Sarawak, operasi tersebut dilaksanakan hasil maklumat awam serta risikan dan pemantauan berterusan yang dijalankan pihak berkuasa. 

Serbuan dilakukan pada waktu pagi dan malam di beberapa lokasi yang dikenal pasti.

Operasi bersepadu itu melibatkan kekuatan seramai 26 pegawai imigresen yang bertindak menyerbu premis-premis terlibat secara serentak bagi memastikan tiada suspek terlepas daripada tindakan undang-undang.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 21 warga asing yang ditahan dipercayai melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta menyalahgunakan pas yang diberikan.

DITAHAN… 21 warga asing ditahan dalam beberapa siri serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa JIM Sarawak ke atas premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi atas talian di sekitar Siburan dan Batu 7. Foto Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak

Kesemua individu terbabit telah dibawa ke Depot Tahanan Imigresen untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JIM Sarawak menegaskan komitmen pihaknya untuk terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersepadu terhadap mana-mana warga asing yang melanggar undang-undang negara.

Tindakan tegas akan diambil di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terus terpelihara.

Sehubungan itu, orang awam digesa untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan agar tindakan segera dapat diambil demi kepentingan bersama.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lapan ditahan dalam Op Taring Chiller, rampasan RM10.74 juta di Sarawak
Next: Dua lelaki positif Methamphetamine ditahan dalam Op Tapis Khas di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.