Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Polis Kuching tangkap lelaki 66 tahun, rampas 65 gram syabu bernilai RM7,150
  • JENAYAH

Polis Kuching tangkap lelaki 66 tahun, rampas 65 gram syabu bernilai RM7,150

Utusan Sarawak 4 hours ago
PELBAGAI jenis dadah yang dirampas daripada suspek

KUCHING: Seorang lelaki berusia 66 tahun berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, polis merampas 65 gram dadah disyaki syabu bernilai anggaran RM7,150 dalam satu serbuan di rumah suspek di Kampung Sourabaya Hilir di sini semalam.

Beliau berkata, pihaknya merampas 70 paket plastik lutsinar mengandungi bahan berbentuk kristal yang dipercayai methamphetamine dengan berat kira kira 65 gram.

Tangkapan dilakukan sekitar 12.40 tengah hari, semalam oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

Alexson berkata, ujian saringan awal air kencing terhadap suspek adalah negatif dan semakan mendapati lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek telah direman selama lima hari bermula esok hari hingga 4 Mac di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau menegaskan kejayaan operasi itu adalah hasil usaha risikan berterusan serta kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah adalah kesalahan serius di sisi undang undang,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik kekal komited memerangi aktiviti dadah demi melindungi generasi masa kini dan akan datang, sambil menyifatkan dadah sebagai musuh nombor satu negara.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah boleh menghubungi talian hotline JSJN di 012 208 7222 atau talian hotline JSJN Kontinjen Sarawak di 017 592 9211.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lima wanita warga asing ditahan dalam serbuan pelacuran di Kuching
Next: Lapan ditahan dalam Op Taring Chiller, rampasan RM10.74 juta di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.