Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pelabuhan Shanghai terima kapal persiaran antarabangsa pertama pada Tahun Kuda
  • GLOBAL

Pelabuhan Shanghai terima kapal persiaran antarabangsa pertama pada Tahun Kuda

Utusan Sarawak 8 hours ago
KAPAL persiaran ‘Westerdam’ milik syarikat Holland America Line berlabuh di Pelabuhan Kapal Persiaran Antarabangsa Wusongkou Shanghai.

SHANGHAI: Kapal persiaran ‘Westerdam’ milik syarikat Holland America Line berlabuh di Pelabuhan Kapal Persiaran Antarabangsa Wusongkou Shanghai pada 7.00 pagi Rabu, sekali gus menjadi kapal persiaran antarabangsa pertama yang melawat bandar raya itu pada Tahun Kuda.

Kapal yang membawa lebih 1,900 pelancong dari lebih 40 negara itu berlepas dari Busan dan dijadual meneruskan perjalanan ke Hong Kong hari ini.

Lebih 95 peratus penumpang kapal berkenaan merupakan warga asing, dengan hampir 90 peratus daripada mereka memasuki China melalui kemudahan dasar bebas visa.

Bagi menyambut ketibaan pengembara asing dalam jumlah besar, Stesen Pemeriksaan Sempadan Pujiang mengambil beberapa langkah seperti menambah kakitangan dan menggunakan analisis data besar untuk meningkatkan kecekapan urusan pelepasan imigresen.

Selain itu, Pelabuhan Kapal Persiaran Antarabangsa Wusongkou turut mengadakan persembahan dan pameran warisan budaya tidak ketara bagi membolehkan pelancong merasai suasana sambutan Tahun Baharu Cina. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Hujan lebat cetus gegaran aliran lumpur hampir empat jam di Gunung Semeru
Next: Jeddah Waterfront jadi tarikan pelancong utama semasa Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.