Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut van langgar pokok di lebuh raya Bintulu
  • KEMALANGAN

Lelaki maut van langgar pokok di lebuh raya Bintulu

Utusan Sarawak 5 hours ago
 KEMALANGAN… Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang melibatkan van, hari ini. Foto BBP Bintulu

BINTULU: Lelaki maut selepas van yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok dalam kejadian kemalangan kendiri di lebuh raya berhampiran Colombia Asia Hospital, di sini, pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Wilson Lun Andrew, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 10.25 pagi sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 14 kilometer dari balai.

KEMALANGAN… Pihak bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan yang melibatkan van, hari ini. Foto BBP Bintulu

“Mangsa, seorang lelaki dewasa, didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Operasi mengeluarkan mangsa dijalankan menggunakan peralatan khas dan berjaya dilakukan sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Oleh Shahrul Qaizat 

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: APM beri bantuan awal kepada mangsa kemalangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.