Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Hampir 5 dekad, Kamal Haasan dan Rajnikanth kembali bergandingan di layar perak
  • HIBURAN

Hampir 5 dekad, Kamal Haasan dan Rajnikanth kembali bergandingan di layar perak

Utusan Sarawak 5 hours ago
HAMPIR 50 tahun berlalu, Kamal Haasan dan Rajnikanth kembali bersatu dalam filem baharu arahan Nelson Dilipkumar, detik bersejarah buat pawagam Tamil.

KUALA LUMPUR: Dua ikon filem Tamil, Kamal Haasan dan Rajnikanth, bakal kembali bergandingan di layar perak selepas hampir lima dekad, menjadi filem pertama mereka bekerjasama  sejak bersama-sama membintangi beberapa projek antara penghujung 1970-an hingga awal 1980-an.

Kerjasama itu disahkan menerusi video promosi rasmi yang dikeluarkan oleh penerbit filem berkenaan Red Giant Movies, dengan tajuk sementara  “KH x RK Reunion”.

Butiran lanjut jalan cerita masih dirahsiakan, namun bahan promosi berkenaan membayangkan naratif yang berpusat pada pertembungan dua watak yang kompleks, bukan sekadar pertarungan biasa antara hero dan penjahat.

Filem bakal diarahkan oleh Nelson Dilipkumar yang sebelum ini mencatat kejayaan besar box office menerusi filem “Jailer” (2023) lakonan Rajnikanth.

Kali terakhir kedua-dua pelakon yang disifatkan sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri perfileman India itu berkongsi ruang layar secara signifikan adalah pada peringkat awal kerjaya masing-masing, sebelum mengukuhkan kedudukan sebagai bintang utama secara tersendiri.

Kamal Haasan, pemenang tiga kali Anugerah Filem Kebangsaan India, terkenal menerusi lakonannya dalam filem seperti “Nayakan”, “Indian”, “Hey Ram” dan “Anbe Sivam”, sekali gus meraih pengiktirafan atas versatiliti serta pendekatan eksperimental beliau dalam seni perfileman.

Rajnikanth pula mengukuhkan status sebagai antara bintang terbesar pawagam India menerusi filem pecah panggung seperti “Baasha”, “Padaiyappa”, “Sivaji The Boss” dan “Enthiran”.

Beliau turut dikreditkan sebagai antara tokoh yang membuka laluan kepada perkembangan industri filem Tamil sebagai sebuah industri komersial utama, selain memiliki kelompok peminat yang kukuh di luar India, khususnya di negara seperti Jepun.

Kerjasama penuh terakhir mereka ialah menerusi filem fantasi 1979 “Allauddinum Albhutha Vilakkum”, diikuti penampilan terakhir bersama dalam filem komedi 1981 “Thillu Mullu” yang menyaksikan Kamal Haasan membuat kemunculan khas.

Pengumuman penyatuan semula itu mencetuskan reaksi hangat dalam talian, dengan ramai menyifatkannya sebagai detik bersejarah buat pawagam Tamil memandangkan amat jarang kedua-dua pelakon itu tampil bersama dalam sebuah filem cereka penuh sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

“Video promosi berdurasi tiga minit 46 saat itu memaparkan sekilas kedua-dua pelakon mempersoalkan pakaian masing-masing yang dilihat mengenakan busana retro sepadan,” menurut laporan media India. – Bernama

Continue Reading

Previous: ‘Papa Zola The Movie’ filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton
Next: Taec-yeon bakal tamat zaman bujang April ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.