Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RAYS 2026 perkenal Dana Akses ASEAN, Fellowship 12 bulan perkasa kepimpinan belia serantau
  • TEMPATAN

RAYS 2026 perkenal Dana Akses ASEAN, Fellowship 12 bulan perkasa kepimpinan belia serantau

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berucap pada Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS) 2026 di Auditorium, Muzium Budaya Borneo, hari ini.

KUCHING: Sarawak terus memperkukuh peranan sebagai hab kepimpinan belia dalam agenda perubahan iklim apabila Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (Rainforest Youth Summit – RAYS) 2026 dilancarkan secara rasmi di Auditorium, Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menegaskan bahawa masa depan planet ini bukan sekadar angka statistik, sebaliknya melibatkan generasi muda yang bakal mewarisi kesan keputusan hari ini serta menentukan arah penyelesaian masa depan.

RAYS 2026 yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 26 Jun 2026 di Kuching mengangkat tema ‘Youth: Many Ways, One Planet’, menekankan kepelbagaian pendekatan termasuk kebijaksanaan masyarakat pribumi, sains moden dan inovasi dalam menangani perubahan iklim serta kehilangan biodiversiti.

Sejak dua edisi lalu, RAYS telah menghimpunkan lebih 1,700 belia, menampilkan lebih 50 penceramah dan melibatkan 80 organisasi dari 37 negara, sekali gus meletakkan Sarawak sebagai platform pertemuan suara belia serantau dalam dialog kelestarian.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS) 2026 di Auditorium, Muzium Budaya Borneo, hari ini.

Bagi edisi 2026, lebih 700 peserta dari 11 negara ASEAN dan luar rantau dijangka menyertai program yang merangkumi 17 penceramah, 30 bengkel serta 16 sesi plenari berkaitan adaptasi iklim, pemuliharaan, kesejahteraan komuniti dan tadbir urus mampan.

Edisi kali ini turut memperkenalkan Forum Masa Depan Planet, iaitu simulasi rundingan iklim secara kolaboratif yang akan menghasilkan Deklarasi Belia RAYS sebagai dokumen mencerminkan keutamaan bersama golongan muda.

Dalam usaha memastikan penyertaan lebih inklusif, beliau turut mengumumkan penubuhan Dana Akses ASEAN RAYS bagi membantu belia berusia 18 hingga 30 tahun dari negara ASEAN menampung kos perjalanan dan penginapan, dengan permohonan dibuka sehingga 30 Mac 2026.

Selain itu, Program Fellowship RAYS selama 12 bulan akan melibatkan 10 hingga 15 pemimpin muda terpilih untuk meneruskan usaha kepimpinan dan cadangan tadbir urus selepas sidang kemuncak.

DATO Sri Abdul Karim Rahman Hamzah merasmikan Majlis Pelancaran Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS) 2026 di Auditorium, Muzium Budaya Borneo, hari ini.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis, beliau memaklumkan jumlah keseluruhan ketibaan pelawat ke Sarawak pada Januari 2026 mencecah 437,677 pelawat berbanding 400,531 pada Januari tahun lalu, meningkat 9.27 peratus.

Daripada jumlah tersebut, pelawat antarabangsa merekodkan 247,063 pelawat berbanding 233,404 pada tahun lalu, manakala pelawat domestik mencatatkan 190,614 pelawat berbanding 167,127, iaitu peningkatan 14.05 peratus yang menjadi pemacu utama pertumbuhan bulan berkenaan.

Penerimaan pelancongan bagi Januari 2026 pula mencatatkan RM1.115 bilion berbanding RM1.025 bilion pada tempoh sama tahun lalu, meningkat 8.83 peratus, dengan Brunei kekal sebagai penyumbang terbesar ketibaan pelawat.

Oleh Shikin Mahmud

Continue Reading

Previous: Buaya sepanjang 4.37 meter berjaya ditangkap di Sungai Bulu, Sadong Jaya
Next: HDA perkukuh pembangunan tanah tinggi, projek jalan jadi pemangkin ekonomi Baram

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.