Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chap Goh Mei berpotensi jadi produk pelancongan baharu Sri Aman
  • Tengah
  • WILAYAH

Chap Goh Mei berpotensi jadi produk pelancongan baharu Sri Aman

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATUK Francis Harden Hollis merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan Pelancaran Festival Chap Goh Mei Bahagian Sri Aman di Tokong Ciyun Sri Aman, semalam. Foto: ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Sambutan Chap Goh Mei berpotensi dipromosikan sebagai produk pelancongan penting di Sri Aman sekali gus memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum serta merancakkan ekonomi setempat.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata sambutan tersebut kini berkembang menjadi festival komuniti yang menarik penyertaan masyarakat pelbagai lapisan, bukan hanya tertumpu kepada masyarakat Cina semata-mata.

Menurut beliau, setiap tahun lebih 5,000 pengunjung membanjiri Bandar Simanggang bagi menyaksikan perarakan dewa-dewi bersempena sambutan berkenaan yang berlangsung meriah dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan keagamaan.

Katanya, kehadiran ribuan pengunjung terdiri daripada kaum Iban, Melayu dan kaum-kaum lain membuktikan festival itu telah diterima sebagai sebahagian daripada identiti masyarakat setempat di Sri Aman.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina dan Pelancaran Festival Chap Goh Mei Bahagian Sri Aman di Tokong Ciyun Sri Aman, semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, penganjuran Chap Goh Mei mampu memberi limpahan ekonomi kepada peniaga kecil, pengusaha makanan serta sektor perkhidmatan di kawasan tersebut.

Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 di bawah Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Persatuan Soon Heng Simanggang bagi menyokong kelancaran penganjuran festival tahun ini.

Tambah beliau, sokongan berterusan daripada kerajaan amat penting bagi memastikan sambutan itu dapat diperkasakan sebagai acara tahunan berskala lebih besar dan tersusun pada masa hadapan.

Menurutnya lagi, Chap Goh Mei wajar dilihat sebagai pelengkap kepada produk pelancongan sedia ada seperti Festival Benak yang telah lama menjadi tarikan utama di daerah berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap salur RM25,000 kepada dua PIBG di Kota Sentosa
Next: Landasan Padang Terbang Lawas ditutup hingga Jumaat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.