Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • TM dan U Mobile meterai perjanjian borong 5G
  • BISNES

TM dan U Mobile meterai perjanjian borong 5G

Utusan Sarawak 7 hours ago

KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM) dan U Mobile akan memeterai perjanjian baharu bagi Rangkaian Teras 5G Berbilang Operator (MOCN) sebagai sebahagian daripada usaha syarikat untuk mengukuhkan daya saing mudah alih dan memajukan aspirasi penggabungannya.

Sehubungan dengan itu, TM telah menggunakan hak kontrak di bawah Perjanjian Akses 5G sedia ada untuk menamatkan perjanjian sewaan borong 5G semasanya dengan Digital Nasional Bhd (DNB), selaras terma perjanjian dan tertakluk kepada proses kawal selia.

“Perkhidmatan mudah alih merupakan tonggak penting dalam usaha penggabungan TM, yang membolehkan perkhidmatan tetap, mudah alih, kandungan dan pintar bersepadu merentasi segmen pengguna, PKS dan perusahaan,” menurut pemakluman TM kepada Bursa Malaysia hari ini.

Peralihan perkhidmatan 5G akan dirancang dengan teliti dan dilaksanakan secara lancar bagi memastikan tiada gangguan terhadap pengalaman pelanggan.

TM turut menghargai peranan perintis DNB dalam mempercepat pelaksanaan 5G di seluruh negara dan menegaskan komitmennya terhadap kerjasama industri bagi memajukan ekosistem infrastruktur digital Malaysia.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia rendah pada sesi awal didorong ketidaktentuan dasar As
Next: Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi naik 5 sen, diesel kekal RM2.15

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.