Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Serang kakak kandung, wanita dipenjara lapan bulan
  • MAHKAMAH

Serang kakak kandung, wanita dipenjara lapan bulan

Utusan Sarawak 7 hours ago
JATUH HUKUM…Tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Pusat Sibu. Foto: IPD Matu Daro

SIBU: Gara-gara tidak berpuas hati diberikan teguran, seorang wanita warga tempatan ditahan kerana menyerang sehingga mendatangkan kecederaan terhadap kakak kandungnya di Kampung Betanak, Daro.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, ketika kejadian mangsa telah menegur suspek menyebabkan suspek tidak puas hati terhadap mangsa dan menyerang mangsa.

Menurutnya, tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro pada Isnin lalu dan kes disiasat di bawah Sek 323 Kanun Keseksaan dan Sek 18A Akta keganasan rumah tangga merujuk kepada kesalahan boleh tangkap.

“Hasil Ujian saringan awal air kencing tangkapan juga dapati positif dadah jenis Amphetamine / Methamphetamine,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tempoh empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pada hari ini, suspek telah dituduh di di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan di Mahkamah Sarikei.

“Tertuduh mengaku bersalah ke atas pertuduhan yang dibuat dan dijatuhi hukuman lapan bulan penjara bermula dari tarikh hukuman. Tertuduh menjalani hukuman penjara di Penjara Pusat Sibu (PPS),” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Mahkamah Majistret Bau putuskan beberapa kes jenayah
Next: Rayuan kes projek solar Rosmah ditangguh, mahkamah tetap 3 Mac

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.