Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Peminat banjiri zoo Jepun untuk melihat anak monyet viral Punch
  • GLOBAL

Peminat banjiri zoo Jepun untuk melihat anak monyet viral Punch

Utusan Sarawak 6 hours ago
FOTO ini yang diambil pada 19 Februari 2026 menunjukkan seekor monyet macaque jantan berusia tujuh bulan bernama Punch, yang ditinggalkan oleh ibunya tidak lama selepas dilahirkan, sedang meluangkan masa bermain patung orang utan di Zoo dan Taman Botani Bandar Ichikawa di Wilayah Chiba. Foto AFP

ICHIKAWA, Jepun: Puluhan peminat membanjiri sebuah zoo di Jepun baru-baru ini untuk melihat anak monyet yang menjadi sensasi media sosial beberapa bulan selepas ditinggalkan ibunya.

Punch yang berusia enam bulan menjadi sensasi internet selepas rakaman dirinya berpaut sayu pada penjaga zoo dan mengheret patung orang utan dikongsi secara meluas di X.

Ibu Punch, mungkin kerana itu kelahiran pertamanya atau akibat keletihan disebabkan cuaca panas musim panas, tidak menunjukkan minat untuk menjaga anaknya, lapor akhbar Yomiuri Shimbun.

Anak kera Jepun biasanya berpaut pada ibu masing-masing untuk berasa selamat dan membina kekuatan otot.

Zoo berkenaan mencari alternatif seperti tuala atau patung lembut lain, namun Punch memilih patung orang utan berkaki panjang itu.

NASIB Punch mencetuskan simpati dalam talian, sekali gus melahirkan kumpulan peminat setia yang mula memuat naik perkembangan mengenainya dengan tanda pagar #HangInTherePunch. Foto AFP

“Ia mudah digenggam,” kata seorang penjaga zoo kepada Fuji TV.

“Mungkin dia juga suka kerana rupanya seperti monyet.”

Nasib Punch mencetuskan simpati dalam talian, sekali gus melahirkan kumpulan peminat setia yang mula memuat naik perkembangan mengenainya dengan tanda pagar #HangInTherePunch.

Anak monyet itu dibesarkan secara penjagaan khas selepas dilahirkan pada Julai lalu dan mula menjalani latihan untuk kembali bersama kumpulannya sejak bulan lalu.

Keadaannya menunjukkan perkembangan positif bulan ini apabila penjaga di Zoo Bandar Ichikawa, berhampiran Tokyo, memaklumkan dia semakin menyesuaikan diri, termasuk “secara bermain mencuit yang lain dan dimarahi.”

Pada Jumaat lalu, lebih 100 pengunjung berkumpul di sekitar kandang monyet zoo itu, tekun mengambil gambar dan menjerit “teruskan bertahan!” ketika Punch cuba mendekati monyet lain dalam kumpulannya.

“Kami berada di sini sejak pagi. Kami jarang ke zoo, tetapi mahu melihat Punch yang comel,” kata Sayaka Takimoto, 32, yang memandu selama dua jam bersama suaminya untuk melihat monyet itu.

Pasangan itu berkata, hantaran media sosial yang memaparkan Punch mengusung mainan lembut berkenaan amat comel.

Seorang lagi pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Yoko berkata: “Dia sangat comel, jadi saya terpaksa datang melihatnya.”

“Saya meneliti gambarnya terlebih dahulu supaya dapat mengecamnya,” kata wanita berusia 50 tahun itu kepada AFP.

“Saya sedikit sedih dia membesar begitu cepat, tetapi lega melihat dia mula mendapat kawan.”

Namun, sesetengah peminat bimbang dengan video yang dikongsi secara meluas yang menunjukkan Punch ditarik seekor monyet dewasa.

Zoo itu mengeluarkan kenyataan pada Jumaat meminta orang ramai supaya “menyokong usaha Punch” untuk bersosial kerana kumpulannya tidak menunjukkan sebarang tingkah laku agresif yang serius.

“Walaupun Punch dimarahi (oleh monyet lain), dia menunjukkan kekuatan mental dan daya tahan,” menurut kenyataan itu. – AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tujuh maut dalam nahas pesawat Medevac di Timur India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.