PUTRAJAYA: Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan penangguhan semua program yang membabitkan perhimpunan orang ramai melibatkan jentera di bawah kementerian tersebut berikutan kes Covid-19 yang meningkat sejak beberapa hari lepas.
Menterinya, Datuk Ha- limah Mohamed Sadique mengingatkan semua jentera perpaduan supaya mematuhi protokol kesihatan dan prosedur ope- rasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Ke- selamatan Negara (MKN) serta arahan kerajaan ne- geri yang berkaitan.
“Ini termasuk 8,274 Kawasan Rukun Tetangga (KRT), 5,321 skim rondaan sukarela 1,874 Tabika Perpaduan dan 41 Taska Genius,” menurutnya, dalam kenyataan semalam.
Halimah berkata, pelaksanaan aktiviti keagamaan di lebih 10,000 rumah ibadat bukan Islam dalam zon hijau dan kuning sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dipantau dan dikemas kini oleh kementeriannya, tertakluk kepada SOP yang ditetapkan KKM dan MKN serta peraturan kerajaan negeri yang terlibat.
“Kementerian menasihatkan semua kakitangan, jentera perpaduan dan orang ramai supaya sentiasa patuh kepada SOP.
“Amalkan norma baharu seperti pemakaian pelitup muka, memastikan penjarakan fizikal dan sentiasa membersihkan tangan terutamanya ketika berada di tempat awam,” katanya. – Bernama