Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • PWM cadang MSN pertimbang naik gaji jurulatih tempatan
  • SUKAN

PWM cadang MSN pertimbang naik gaji jurulatih tempatan

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRESIDEN Persekutuan Wushu Malaysia (WFM), Datuk Chong Kim Fatt bercakap ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bilangan 1/2026 acara Wushu di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Persekutuan Wushu Malaysia (PWM) mengesyorkan Majlis Sukan Negara (MSN) supaya mempertimbangkan kenaikan gaji jurulatih tempatan, sekurang-kurangnya RM8,000 dan ke atas.

Presiden PWM Datuk Chong Kim Fatt berkata, cadangan itu penting bagi mengelakkan jurulatih tempatan daripada disambar negara luar bagi melatih atlet wusyu mereka.

“Kami dapati banyak negara macam Indonesia, Brunei dan Singapura tawarkan jurulatih tempatan kita dalam USD2,000 hingga 2,500 (sekitar RM7,700 hingga RM9,700).

“Jumlah itu sangat tinggi walhal kita tawar rendah dalam RM5,000 hingga RM6,000. Kita perlu jaga bakat tempatan agar mereka tidak hilang (ke luar negara),” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di MSN, Bukit Jalil di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kim Fatt memaklumkan skuad wusyu negara akan menjalani latihan intensif di Tianjin, China bermula bulan depan selama sebulan sebagai persiapan menghadapi Sukan Asia 2026.

Beliau berkata PWM juga menyandarkan harapan kepada tiga atlet, iaitu ratu wusyu dan juara dunia Tan Cheong Min serta dua atlet lelaki Wong Weng Son dan Pang Pui Yee untuk menjelmakan kilauan pingat pada Sukan Asia 2026.

Sukan Asia 2026 dijadualkan berlangsung di Aichi-Nagoya, Jepun bermula 19 September hingga 4 Oktober ini. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Boling: Malaysia cadang kembali ke format lama pada Sukan SEA 2027
Next: Kejohanan Bola Tampar Alumni CHMS1 eratkan silaturahim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.