KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr. James Masing yang melawat Rumah Jimbun di Baleh, Kapit berkata penduduk yang menghadiri majlis Dato Sri Wong Soon Koh di Tunoh disuruh untuk mengambil gambar bersama di jalan lama di Tunoh manakala jalan baharu yang sedang dibina berada di sebelah bukit.
Wong dan kumpulannya memandu menerusi jambatan dan jalan Batang Baleh dan Sungai Mujong yang dibina oleh kerajaan GPS dan masih mendakwa bahawa tidak ada pembangunan di Baleh.
Masing berkata, Wong telah menipu penduduk di sana.
“Rakyat tahu bahawa Wong tidak membawa pembangunan ke Bawang Assan sejak 30 tahun dia mewakili kawasan tersebut.
Kesal dengan taktik ini untuk memenangi undi, Masing berkata, beliau telah menunjuk gambar sebagai bukti jalan dibina di kawasan Song dan Kapit.
Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Rejang, Datuk Wilson Ugak.
Oleh Connie Chieng