Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perpaduan kaum sebagai teras keharmonian komuniti luar bandar – Roy Gingkoi
  • Selatan
  • WILAYAH

Perpaduan kaum sebagai teras keharmonian komuniti luar bandar – Roy Gingkoi

Utusan Sarawak 9 hours ago
ROY Angau Gingkoi menyempurnakan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Majlis Lambaian Kasih di Dewan Majlis Daerah Engkilili, di sini semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

​ENGKILILI: Ahli Parlimen Lubok Antu, Roy Angau Gingkoi, menegaskan kepentingan mengekalkan semangat perpaduan antara kaum sebagai teras keharmonian masyarakat di kawasan luar bandar. 

Beliau menyifatkan penglibatan aktif persatuan berasaskan komuniti sebagai nadi utama dalam memastikan nilai murni ini terus subur merentas generasi.

Beliau berkata demikian ketika hadir bagi menyempurnakan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Majlis Lambaian Kasih yang berlangsung dengan penuh meriah. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Majlis Daerah Engkilili, di sini semalam.

ROY Angau Gingkoi menyempurnakan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Majlis Lambaian Kasih di Dewan Majlis Daerah Engkilili, di sini semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

​Dalam ucapan perasmiannya, Roy Gingkoi menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta sambutan mesra yang diberikan. 

Beliau kagum dengan semangat kebersamaan yang dipamerkan oleh seluruh ahli persatuan dan penduduk setempat yang hadir memenuhi dewan.

​Sebagai tanda sokongan padu terhadap usaha berterusan dalam memperkukuh kebajikan komuniti, beliau mengumumkan penyaluran sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Hakka Engkilili. 

ROY Angau Gingkoi menyempurnakan Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Majlis Lambaian Kasih di Dewan Majlis Daerah Engkilili, di sini semalam. Foto: Roy Angau Gingkoi

Dana tersebut diharapkan dapat membantu persatuan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.

​”Sumbangan ini adalah pengiktirafan kepada peranan Persatuan Hakka Engkilili yang sentiasa komited menjaga kebajikan ahli dan menjadi jambatan penghubung antara masyarakat,” ujar beliau semasa menyerahkan simbolik sumbangan tersebut.

​Majlis tersebut turut dihadiri oleh barisan kepimpinan persatuan termasuk Pengerusi Persatuan Hakka Engkilili, Jee Jan Nam; Pengerusi Kehormat, Lai Ngi Tha dan Bong Swee Fah; Penasihat, Fam Ted Bun; serta Timbalan Pengerusi, Jee Jit Shin. Kehadiran barisan Ketua Masyarakat dan Kapitan setempat turut menambah seri majlis berkenaan.

​Roy Gingkoi berharap agar program seumpama ini terus menjadi wadah utama dalam mengeratkan silaturahim. 

Menurutnya, penganjuran majlis perayaan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat mampu memupuk keharmonian serta memperkukuh semangat perpaduan yang menjadi identiti unik Sarawak.

​Beliau sempat merakamkan ucapan ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada seluruh warga Tionghua dan mengucapkan tahniah kepada Persatuan Hakka Engkilili atas penganjuran majlis yang disifatkan sebagai sangat cemerlang serta bermakna bagi semua pihak.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dr Sim Kui Hian hadir Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.