Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan talian telefon dan internet, penduduk Kampung Tanjung Belipat mohon tindakan segera
  • WILAYAH

Gangguan talian telefon dan internet, penduduk Kampung Tanjung Belipat mohon tindakan segera

Utusan Sarawak 6 hours ago
PENDUDUK, Maimon (kiri) bersama rakan ketika ditemui di Niah, hari ini.

BATU NIAH: Penduduk di Kampung Tanjung Belipat meluahkan rasa tidak puas hati berikutan masalah liputan talian telefon yang didakwa berlarutan sejak empat hingga lima hari lalu.

Menurut beberapa penduduk, talian telefon dan internet yang menggunakan rangkaian CelcomDigi sering mengalami gangguan serta sambungan yang sering terputus-putus (on-off) sehingga menyukarkan urusan harian.

Mereka mendakwa masalah tersebut hanya berlaku di kawasan kampung berkenaan, manakala liputan di Pekan Niah berada dalam keadaan baik.

Salah seorang penduduk dikenali Mainon Ibrahim ketika ditemui berkata, situasi itu amat mengecewakan memandangkan mereka tetap membayar bil internet seperti biasa walaupun perkhidmatan tidak memuaskan.

“Bila keluar ke pekan, talian telefon dan internet elok sahaja. Masuk kampung terus jadi ‘on-off’. Sudah hampir lima hari macam ini,” katanya.

PENDUDUK di Kampung Tanjung Belipat meluahkan rasa tidak puas hati berikutan masalah liputan talian telefon yang didakwa berlarutan sejak empat hingga lima hari lalu.

Tambahnya lagi, masalah telekomunikasi itu turut berdepan dengan gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku terputus hingga merosakkan peralatan elektrik dan bahaya.

Penduduk berharap pihak syarikat telekomunikasi dan agensi berkaitan dapat segera menyiasat punca gangguan serta mengambil tindakan segera bagi memastikan liputan kembali stabil.

Mereka menegaskan, capaian talian telefon dan internet amat penting terutama untuk urusan pekerjaan, pembelajaran serta komunikasi harian, lebih-lebih lagi dalam situasi kecemasan.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor laksana pemeriksaan pili bomba di Sungai Janting
Next: Perpaduan unik di Saratok, berbuka puasa di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.