Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi SAR hari kedua Sungai Tengah ditangguh, mangsa masih belum ditemui
  • TEMPATAN

Operasi SAR hari kedua Sungai Tengah ditangguh, mangsa masih belum ditemui

Utusan Sarawak 7 hours ago
PASUKAN SWART turut menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing, manakala Unit K9 bersama anjing pengesan, Bella, membantu meneliti lokasi berpotensi. Foto JBPM

PETRA JAYA: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Kampung Kolong Sungai Tengah hari ini ditangguhkan selepas usaha pencarian sepanjang hari kedua tidak membuahkan hasil.

Mangsa, Fahrell Zaquan Hasbullah, 16, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai sebelum dihanyutkan arus deras sekitar 4.00 petang semalam.

Menurut kemas kini daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, operasi hari kedua dimulakan seawal 7.00 pagi melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon 1.

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan SAR hari kedua di Sungai Tengah sebelum operasi ditangguhkan. Foto JBPM

Taklimat penyelarasan bersama agensi terlibat diadakan pada 8.30 pagi sebelum pencarian digerakkan menggunakan bot dengan menyusuri permukaan sungai serta pemeriksaan di sepanjang tebing.

Bagaimanapun, keadaan arus sungai yang deras dan faktor keselamatan tidak mengizinkan sebarang operasi selaman dilaksanakan oleh pasukan PPDA.

Radius pencarian diperluaskan sehingga lima kilometer ke hilir sungai menggunakan kaedah water surface searching serta penggunaan peralatan besi cangkuk

Pasukan SWART turut menjalankan pemeriksaan di kawasan tebing, manakala Unit K9 bersama anjing pengesan, Bella, membantu meneliti lokasi berpotensi.

Operasi yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) itu bagaimanapun ditangguhkan lewat petang tadi dan akan disambung semula pada masa yang akan dimaklumkan.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan pihak berkuasa akan terus memantau keadaan sungai sebelum operasi diteruskan.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Cuaca tidak menentu, APM Bau tingkat kesiapsiagaan hadapi risiko banjir
Next: Bazar Ramadan Sukma Ria meriah dengan 101 gerai, peniaga diingat jaga kebersihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.