BATU NIAH: Sebuah lukisan mural saiz mega bertemakan pelbagai keunikan yang ada di persekitaran Daerah Subis dicadang akan diwujudkan di sini semalam.
Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Rosey Yunus berkata demikian ketika ditemui Utusan Sarawak di sini, semalam.
Katanya, cadangan mewujudkan sebuah lukisan mural ini untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Batu Niah yang terkenal dengan Gua Niah, air terjun dan makanan.
“Dua lukisan mural yang siap dilukis oleh pelukis tempatan yang mengambarkan permandangan Gua Niah berjaya menarik ramai pengunjung datang pada hujung minggu.
“Lukisan mural tersebut viral di media sosial dan menjadi salah satu tarikan baharu menghidupkan perniagaan masyarakat di sini,” jelasnya.
Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu menambah, pihaknya turut mencadangkan mewujudkan sebuah lukisan mural di Pekan Bekenu.
“Kita akan mencari satu lokasi yang terbaik untuk lukisan mural yang bercirikan pelbagai keunikan terdapat di sekitar Bekenu,” katanya lagi.
Turut hadir, Pegawai Dareah Subis Jamalie Busri, Kapitan Pui Kuan Phen, Kaunselor William Thien dan pihak Majlis Daerah Subis.
Oleh Adum Liu