Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 16 maut, mangsa lain dikhuatiri terperangkap dalam letupan gas di Pakistan
  • GLOBAL

16 maut, mangsa lain dikhuatiri terperangkap dalam letupan gas di Pakistan

Utusan Sarawak 6 hours ago
LETUPAN... Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala beberapa yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas satu letupan gas bahan api menyebabkan bangunan kediaman runtuh di selatan Pakistan hari ini.

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala beberapa yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas satu letupan gas bahan api menyebabkan bangunan kediaman runtuh di selatan Pakistan hari ini, menurut pegawai, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pasukan penyelamat, dengan bantuan jentera berat dan alat pemotong berusaha menyelamatkan lebih ramai mangsa yang dipercayai masih hidup dan terperangkap dalam runtuhan bangunan di Bandaraya  Karachi itu, kata pegawai penyelamat Omair Khan beberapa jam selepas letupan berlaku.

Wanita dan kanak-kanak antara yang maut dalam letupan yang berlaku ketika persiapan untuk juadah sebelum subuh dikenali sebagai Sehri pada hari pertama Ramadan, katanya.

Sekurang-kurangnya 14 mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital utama di bandar itu, kata doktor Jabbar Kanwar.

“Operasi menyelamat berjalan perlahan disebabkan kawasan kejiranan yang sesak, jalan sempit dan infrastruktur yang berselerak,” kata pegawai polis Bakhat Zaman.

Karachi, sebuah metropolis Pakistan dengan anggaran penduduk melebihi 20 juta orang, sering terdedah kepada bencana industri dan kemalangan akibat kualiti infrastruktur yang lemah, pengelakan undang-undang keselamatan bangunan serta kawasan setinggan yang padat.

Bulan lepas, satu kebakaran memusnahkan sebuah pusat beli-belah bertingkat tanpa laluan keluar yang sesuai, menyebabkan hampir 90 orang terperangkap dan maut.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Ribut salji lumpuhkan pengangkutan, 166,000 kediaman terputus bekalan elektrik di Romania

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.