Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • SUPP Dudong catat peningkatan keahlian selepas pindah pejabat baharu
  • TEMPATAN

SUPP Dudong catat peningkatan keahlian selepas pindah pejabat baharu

Utusan Sarawak 6 hours ago
TAHUN BAHARU CINA… Pengerusi SUPP Cawangan Dudong, Wong Ching Yong (tengah sekali) merakam kenangan bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka SUPP Cawangan Dudong di Jalan Aman, hari ini. Foto Akun Giman

SIBU: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Dudong mencatat peningkatan keahlian susulan perpindahan ke pejabat baharu parti itu selepas lebih 17 tahun beroperasi di pejabat lama yang sering berdepan masalah banjir.

Menurut pengerusinya, Wong Ching Yong, pejabat baharu itu melambangkan harapan baharu serta kemenangan baharu untuk SUPP Cawangan Dudong.

“Pejabat lama sudah berusia kira-kira 17 tahun dan sering mengalami masalah banjir. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk berpindah ke pejabat baharu,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka SUPP Cawangan Dudong di Jalan Aman, hari ini.

Katanya, perpindahan ke pejabat baharu itu turut menerima maklum balas positif daripada orang ramai, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pendaftaran keahlian.

“Ramai yang menyatakan pejabat ini lebih selesa dan sesuai. Kami juga mencatat pertambahan dalam pendaftaran ahli. Setakat ini, jumlah keahlian SUPP Cawangan Dudong dianggarkan seramai 2,200 orang,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan untuk mencapai 3,000 ahli menjelang akhir tahun ini.

“Penubuhan SUPP Cawangan Sibu Jaya turut melibatkan pemindahan sebahagian ahli daripada Cawangan Dudong.

“Jika digabungkan keahlian Cawangan Dudong dan Cawangan Sibujaya, jumlah keseluruhan ahli sebenarnya hampir mencecah 3,000 orang. 

“Kedua-dua cawangan ini dianggap sebagai cawangan kembar dan banyak aktiviti dijalankan secara bersama,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa lebih 600 orang menghadiri majlis rumah terbuka anjuran parti tersebut.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sisa bunga api di Taman BDC timbulkan kebimbangan
Next: Perayaan untuk semua, tiada yang terpinggir – Dato Wee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.