Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • JPJ Betong periksa 121 kenderaan dalam Ops Tahun Baharu Cina 2026
  • Tengah
  • WILAYAH

JPJ Betong periksa 121 kenderaan dalam Ops Tahun Baharu Cina 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNIT Operasi JPJ Betong telah melaksanakan Ops TBC 2026 menerusi penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar Bandar Betong. Foto: JPJ Negeri Sarawak

BETONG: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Cawangan Betong melalui Unit Operasi telah melaksanakan Ops Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 menerusi penguatkuasaan secara rondaan dan pemantauan di sekitar bandar ini.

Menurut kenyataan Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak, operasi berkenaan dijalankan sebagai langkah proaktif bagi memastikan tahap keselamatan jalan raya berada dalam keadaan terkawal khususnya sempena musim perayaan.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 121 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa melibatkan kenderaan persendirian dan komersial.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan telah dikesan, antaranya pemandu tidak memiliki lesen memandu yang sah serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh.

Selain itu, terdapat juga kes melibatkan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan serta kesalahan lain berkaitan aspek teknikal dan pematuhan peraturan jalan raya.

JPJ memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Operasi bersepadu seperti ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa sebagai usaha berterusan dalam meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan keselamatan jalan raya.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar sentiasa memastikan dokumen kenderaan adalah sah dan mematuhi peraturan yang ditetapkan serta memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pembangunan infrastruktur di Sibu terus dipergiat
Next: Jasad Faizal ditemui nelayan tiga kilometer dari Pos Kawalan Bomba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.