Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 6 maut dalam kejadian bas terbalik di Brazil
  • GLOBAL

6 maut dalam kejadian bas terbalik di Brazil

Utusan Sarawak 8 hours ago
KEADAAN bas yang terbalik di lebuh raya persekutuan BR-153 di negeri São Paulo, Brazil, mengakibatkan enam maut dan puluhan cedera.

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya enam maut manakala 45 lagi cedera apabila sebuah bas terbalik di lebuh raya persekutuan di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil, pada awal pagi Isnin, lapor Xinhua.

Menurut Polis Lebuh Raya Persekutuan Brazil, bas yang melalui lebuh raya persekutuan BR-153 itu membawa pekerja luar bandar apabila satu daripada tayarnya meletup.

Kejadian tersebut menyebabkan pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan berkenaan sebelum bas itu terbabas dan terbalik.

Pihak polis memaklumkan semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Difahamkan, penumpang berkenaan berlepas dari negeri Maranhao di timur laut Brazil dan menuju ke negeri Santa Catarina di selatan bagi musim menuai epal.

Sementara itu, Sekretariat Keselamatan Awam Negeri Sao Paulo dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Polis Sivil sedang mengenal pasti mangsa serta individu lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Menurut kenyataan sama, syarikat bas terbabit telah dikenal pasti, namun punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kad Pokemon dilelong pada harga AS$16.49 juta catat rekod dunia
Next: Ibu kota Indonesia berdepan krisis sampah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.