Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Uggah gesa perpaduan, kongsi kemakmuran sempena Tahun Baharu Cina 2026
  • SEMASA

Uggah gesa perpaduan, kongsi kemakmuran sempena Tahun Baharu Cina 2026

Utusan Sarawak 11 hours ago
UCAPAN Selamat Tahun Baharu Cina 2026.

KUCHING: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Cina di Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, sambil menggesa agar semangat perpaduan dan kebersamaan terus diperkukuh demi kemajuan negeri.

Dalam perutusan khasnya, beliau menekankan bahawa masyarakat Cina merupakan tonggak penting dalam pembangunan ekonomi, sosial dan budaya Sarawak, dengan sumbangan berterusan dalam bidang perniagaan, pendidikan serta kepimpinan komuniti yang mengukuhkan daya tahan dan kemajuan negeri.

Menurutnya, sambutan perayaan di Sarawak sekali lagi memperlihatkan kekuatan perpaduan dalam kepelbagaian apabila amalan rumah terbuka dan perkongsian perayaan menjadi medium merapatkan hubungan antara rakyat sebagai satu keluarga besar Sarawak.

Beliau berkata, Tahun Kuda melambangkan tenaga, keberanian dan keazaman nilai yang selari dengan perjalanan transformasi Sarawak menuju masa depan yang lebih progresif dan berdaya saing.

Mengulas hala tuju negeri, Uggah berkata Sarawak terus melangkah maju di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang mengamalkan kepimpinan inklusif dalam memacu agenda pembangunan.

Beliau memaklumkan Bajet Sarawak 2026 mencerminkan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terhadap kemakmuran bersama, dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM9.3 bilion, termasuk penekanan kuat kepada kawasan luar bandar.

Bagi menangani peningkatan kos sara hidup, katanya, kerajaan memperuntukkan RM640 juta bagi pelaksanaan Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) pada 2026 yang memberi manfaat kepada keluarga, warga emas dan individu bujang.

Sarawak juga kekal menerajui agenda pendidikan dengan menyediakan pendidikan tinggi percuma, termasuk pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di universiti milik Sarawak, selaras dengan keyakinan bahawa modal insan merupakan aset terpenting negeri.

Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh rakyat Sarawak untuk terus melangkah ke hadapan dalam semangat Tahun Kuda iaitu berani, rajin dan berpandangan jauh serta berganding bahu merealisasikan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) ke arah Sarawak yang makmur, inklusif dan lestari alam sekitar.

Uggah mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikannya serta mendoakan kesihatan, kebahagiaan dan kejayaan berpanjangan, sambil berharap Tahun Kuda membawa tenaga baharu, keharmonian dan kemakmuran kepada keluarga serta komuniti.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tahun Baharu Cina: Ribut petir, hujan diramal di kebanyakan negeri termasuk Sarawak
Next: SPRM siasat kes perjanjian kerajaan dengan syarikat asing bernilai RM1.1 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.