Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tahun Baharu Cina: Ribut petir, hujan diramal di kebanyakan negeri termasuk Sarawak
  • SEMASA

Tahun Baharu Cina: Ribut petir, hujan diramal di kebanyakan negeri termasuk Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
KEADAAN cuaca mendung dan hujan diramal melanda kebanyakan negeri pada hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina. Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Ribut petir dan hujan diramal melanda kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, pantai timur Sabah dan beberapa kawasan di Sarawak pada hari pertama Tahun Baharu Cina esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasarkan semakan di laman sesawang rasmi MetMalaysia, ribut petir diramalkan di kebanyakan tempat di kawasan pantai di Perak, manakala hujan di seluruh kawasan pedalaman Johor pada sebelah pagi.

“Hujan turut diramalkan di beberapa tempat di Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Selangor.

“Di Sabah, hujan diramalkan di beberapa kawasan di Tawau dan Sandakan selain cuaca sama dijangka di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu di Sarawak.

Pada sebelah petang, ribut petir diramalkan di Perak, pedalaman Kedah serta kebanyakan tempat di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Perlis.

MetMalaysia memaklumkan hujan diramal melanda kebanyakan tempat di Pahang serta pedalaman Johor, Kelantan dan Terengganu.

Ribut petir dijangka melanda bahagian pedalaman dan pantai barat Sabah selain Tawau dan Sandakan, manakala Kudat diramalkan hujan, sementara ribut petir dijangka di Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rai serentak dua perayaan berbeza kaum perkukuh keunikan Malaysia di mata dunia
Next: Uggah gesa perpaduan, kongsi kemakmuran sempena Tahun Baharu Cina 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.