Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 31 individu ditahan disyaki menguji kelajuan, 40 saman dikeluarkan
  • JENAYAH

31 individu ditahan disyaki menguji kelajuan, 40 saman dikeluarkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
POLIS menahan 31 individu yang disyaki menguji kelajuan di jalan raya pada Operasi Motosikal di sepanjang jalan Matu-Daro semalam. Foto PDRM

DARO: Seramai 31 individu ditahan dalam Operasi Motosikal yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Matu Daro sempena Ops Selamat Tahun Baharu Cina 2026, semalam.

Ketua Polis Daerah Daro, Deputi Superintendan Rahim Mihos berkata, operasi yang dijalankan di sepanjang jalan Matu-Daro itu adalah susulan aduan orang awam berhubung aktiviti motosikal yang mengganggu lalu lintas serta ketenteraman penduduk.

Menurutnya, dalam operasi tersebut seramai 29 lelaki dan dua perempuan berusia lingkungan belasan hingga dewasa diperiksa bersama 29 motosikal.

“Kesemua mereka ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti menguji kelajuan di jalan awam yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati pelbagai kesalahan dilakukan termasuk tiada lesen memandu, pengubahsuaian struktur motosikal, ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, tiada nombor pendaftaran, penggunaan nombor pendaftaran ‘fancy’ serta kesalahan teknikal lain.

“Sebanyak 40 keping saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dikesan,” jelasnya.

Rahim berkata, operasi tersebut akan diteruskan dari semasa ke semasa khususnya dalam tempoh perayaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan, menunggang secara berhemah dan tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan atau pengubahsuaian kenderaan yang menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang serta mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: 45 dicekup, dua warga asing antara ditahan dalam Op Tapis Khas Narkotik
Next: Lelaki ditahan terbabit loteri awam haram di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.