Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek RTP perkasa infrastruktur pendidikan di Meradong
  • Utara
  • WILAYAH

Projek RTP perkasa infrastruktur pendidikan di Meradong

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing menyaksikan penyerahan siap projek RTP di SJKC Ming Chiang, hari ini. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Usaha memperkukuh kemudahan pendidikan luar bandar terus diperkasa apabila projek pembinaan dewan berbumbung di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chiang bernilai RM300,000 di bawah program Transformasi Luar Bandar (RTP) Meradong telah siap dilaksanakan sepenuhnya.

Penyerahan siap projek tersebut telah disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Katanya, pembinaan dewan berbumbung tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan pendidikan yang lebih selesa dan selamat disediakan kepada pelajar dan warga sekolah, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan sentiasa memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.

“Kemudahan seperti dewan berbumbung ini amat penting bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pelajar menjalankan pelbagai aktiviti sekolah dengan lebih selesa dan teratur,” katanya selepas menyaksikan penyerahan siap projek tersebut, hari ini.

DEWAN berbumbung SJKC Ming Chiang telah siap dilaksanakan sepenuhnya. Foto Pusat Khidmat Meradong

Tambahnya, dewan tersebut bakal menjadi kemudahan utama sekolah bagi pelbagai kegunaan termasuk perhimpunan mingguan, aktiviti kokurikulum, sukan dalaman, majlis graduasi, sambutan perayaan serta pelaksanaan program yang melibatkan penyertaan ibu bapa dan komuniti setempat.

“Dengan adanya kemudahan baharu itu, pihak sekolah tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada ruang terbuka yang terdedah kepada keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Ia sekali gus meningkatkan keselesaan serta keselamatan murid dan guru,” katanya.

Koung Hiing turut berharap agar kemudahan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh pihak sekolah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pendidikan serta pembangunan sahsiah pelajar.

“Saya berharap kemudahan ini dapat digunakan sebaiknya oleh pihak sekolah dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pendidikan di kawasan ini” katanya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi pelaksana, kontraktor dan pihak sekolah atas kerjasama dalam memastikan projek tersebut berjaya dilaksanakan dengan lancar.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Ming Chiang Wong Kuong Yeu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Ming Chiang Yu Chee Sieng, Guru Besar SJKC Ming Chiang Nurul Ain Lee Abdullah dan Pemanca Yii Hee Sieng.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Polis Marudi tingkat rondaan, cegah jenayah musim perayaan
Next: Projek naik taraf Masjid Al-Jabbar Sepupok sasar lengkapkan keperluan jemaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.