Tembakan di bank Jalan Lanang, tiada kecederaan dilaporkan

Facebook
WhatsApp
BEGINILAH…. Keadaan di lokasi kejadian, polis menjalankan siastan dan mengawal keadaan. Foto Akun Giman

SIBU: Menjelang malam Tahun Baharu Cina Tahun Kuda, telah berlaku kejadian tembakan di sebuah bank di Jalan Lanang kira-kira 3.00 petang tadi.

Difahamkan, kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian merakamkan seorang lelaki menaiki motosikal dipercayai melepaskan tembakan ke arah bank, sebelum melarikan diri.

BEGINILAH…. Keadaan di lokasi kejadian, polis menjalankan siastan dan mengawal keadaan. Foto Akun Giman

Selepas menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengawal keadaan.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Oleh Akun Giman