Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lelaki 30 tahun disahkan kes pertama H5N1 di Kemboja 2026
  • GLOBAL

Lelaki 30 tahun disahkan kes pertama H5N1 di Kemboja 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
KES pertama 2026 dilaporkan di Kemboja. Orang ramai dinasihatkan elak sentuhan ayam mati dan amalkan langkah pencegahan. Foto hiasan.

PHNOM PENH: Seorang lelaki berusia 30 tahun dari wilayah Kampot di barat daya Kemboja disahkan positif selesema burung H5N1, sekali gus menjadi kes pertama tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam, lapor Xinhua.

 “Lelaki itu mengalami gejala demam, batuk dan sakit perut,” menurut kenyataan itu. “Dengan rawatan rapi oleh pasukan doktor, pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang kerumah pada 14 Februari.”

Mangsa tinggal di Kampung Meanrith, Daerah Tuek Chhou.

Siasatan mendapati terdapat ayam mati di rumah pesakit dan ayam berkenaan dimasak tigahari sebelum beliau jatuh sakit, menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan memeriksa sebarang kesdisyaki atau individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa bagi mencegahpenularan dalam komuniti.

Tamiflu (oseltamivir), ubat antivirus bagi mencegah selesema burung daripada merebak, turutdiagihkan kepada individu yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa, menurutkenyataan itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: South Waikato, New Zealand isytihar darurat selepas banjir ragut nyawa
Next: Empat angkasawan tiba di ISS selepas kepulangan awal kru terdahulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.