Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ahli Parlimen Miri santuni penduduk setempat sempena Tahun Baharu Cina
  • WILAYAH

Ahli Parlimen Miri santuni penduduk setempat sempena Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 5 hours ago
AGIH… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mengagihkan angpau kepada penduduk setempat di Miri.

MIRI: Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man hari ini turun padang mengadakan Program Agihan Limau dan Angpau sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sekitar Sun City dan Pasar Krokop 10, di sini.

Chiew yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya  berkata, program berkenaan merupakan usaha berterusan untuk mendekati serta menyantuni masyarakat setempat khususnya para peniaga dan orang awam yang menjadi nadi ekonomi komuniti di bandar raya ini.

“Agihan limau dan angpau ini bukan sekadar simbolik perayaan, tetapi sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan terhadap masyarakat setempat.

“Ia melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan harapan baharu sempena Tahun Baharu Cina,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SELAMAT… Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mengagihkan buah limau kepada penduduk setempat di Miri. 

Sepanjang lawatan itu, beliau turut beramah mesra dengan para peniaga serta orang awam sambil mendengar sendiri pandangan dan isu yang dibangkitkan, termasuk cabaran ekonomi semasa, kos sara hidup dan keperluan sokongan berterusan daripada pihak kerajaan.

Menurutnya, segala maklum balas yang diterima akan diberi perhatian dan dijadikan pertimbangan dalam usaha menambah baik perkhidmatan serta kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Miri.

Beliau menambah, sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina bukan sahaja acara kebudayaan, malah menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan antara kaum serta memperkukuh semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk di Miri.

“Saya berharap semangat muhibah, keharmonian dan kerjasama antara kaum akan terus diperkasakan demi menjamin kestabilan sosial dan pembangunan berterusan di Miri,” katanya.

Beliau turut mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga Miri.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Medamit dan Tedungan perlukan balai bomba, tingkat kecekapan pemadaman kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.