Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • South Waikato, New Zealand isytihar darurat selepas banjir ragut nyawa
  • GLOBAL

South Waikato, New Zealand isytihar darurat selepas banjir ragut nyawa

Utusan Sarawak 4 hours ago
DARURAT diisytiharkan di wilayah South Waikato, New Zealand selepas seorang lelaki maut apabila keretanya tenggelam akibat banjir susulan ribut kencang semalaman.

WELLINGTON: Darurat diisytiharkan di wilayah South Waikato, New Zealand selepas seorang lelaki maut apabila keretanya tenggelam akibat banjir susulan ribut kencang semalaman, lapor Xinhua memetik kenyataan pegawai, hari ini.

Lelaki itu ditemukan meninggal dunia di dalam kenderaan berkenaan di Lebuhraya Negeri 39 berhampiran Puketotara lewat semalam selepas hujan lebat mencetuskan banjir meluas di daerah Otorohanga di wilayah Waikato, Pulau Utara New Zealand, menurut polis.

Kira-kira 80 orang dipindahkan dari tapak perkhemahan, marae – iaitu tempat perhimpunan tradisional komuniti Maori serta beberapa rumah apabila air naik membanjiri jalan dan hartanah. Datuk Bandar Otorohanga Rodney Dow melahirkan rasa dukacita atas kematian itu dan menggesa penduduk agar tidak melalui jalan yang dinaiki air serta segera mencari perlindungan jika rumah mereka berisiko.

DARURAT diisytiharkan di wilayah South Waikato, New Zealand selepas seorang lelaki maut apabila keretanya tenggelam akibat banjir susulan ribut kencang semalaman.

Menteri Pengurusan dan Pemulihan Kecemasan Mark Mitchell berkata kerajaan sedang menggerakkan bantuan kepada komuniti terjejas banjir, kurang sebulan selepas ribut kencang melanda Pulau Utara dan tiga tahun selepas Taufan Gabrielle melanda pada 2023.

Pihak berkuasa memberi amaran yang hujan lebat dan angin kencang diramalkan berterusan di wilayah itu sepanjang hujung minggu. Beberapa lebuh raya utama masih ditutup.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tiga maut dalam nahas pesawat di Colorado, AS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.