
LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam nahas pesawat di Steamboat Springs, Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Jumaat, menurut laporan awal Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), lapor Xinhua.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS memaklumkan di platform media sosial X yang pihaknya sedang menyiasat nahas melibatkan pesawat Epic Aircraft E1000, sebuah pesawat ringan turboprop enjin tunggal dengan kapasiti enam tempat duduk.
Pesawat itu terhempas berhampiran Emerald Mountain, Colorado, kira-kira 12.20 tengah malam waktu tempatan dalam keadaan yang masih belum diketahui, menurut media tempatan.
Sherif Daerah Routt Doug Sherar berkata pegawai koroner sedang berusaha mengenal pasti mangsa dan memaklumkan waris terdekat mereka. – Bernama-Xinhua