Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mengapa marmar Masjidil Haram kekal sejuk walaupun dalam cuaca panas melampau
  • GLOBAL

Mengapa marmar Masjidil Haram kekal sejuk walaupun dalam cuaca panas melampau

Utusan Sarawak 6 hours ago
LANTAI marmar Masjidil Haram di Makkah mempunyai tujuan praktikal, membantu mengawal suhu. Foto fail AFP
JEMAAH haji menggunakan payung untuk melindungi diri mereka daripada cuaca ekstrem semasa musim panas, tetapi di atas lantai marmar mereka tidak memerlukan perlindungan. Foto fail AFP

MAKKAH: Lantai marmar di kawasan tawaf, atau Mataf, di Masjidil Haram kekal sejuk sepanjang hari walaupun terdedah kepada cahaya matahari yang terik, hasil gabungan canggih bahan semula jadi dan kejuruteraan terma.

Permukaan kawasan itu terdiri daripada marmar semula jadi berkualiti tinggi dan berwarna cerah dengan pekali penyerapan haba yang rendah, membolehkannya memantulkan sinaran suria dan bukannya menyimpan haba, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Kesan ini dipertingkatkan lagi melalui reka bentuk struktur yang menggunakan kepingan marmar tebal yang dipasang di atas lapisan penebat khas dan ruang telus udara, yang mempercepat proses pelepasan haba.

Apabila digabungkan dengan susun atur kawasan terbuka yang luas serta aliran udara berterusan hasil daripada pergerakan jemaah, penyelesaian kejuruteraan ini membantu mengekalkan suhu permukaan yang sederhana. Hal ini sekali gus menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa untuk para jemaah semasa waktu puncak.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Tiga pemain ski maut dalam runtuhan salji di Tenggara Perancis
Next: Emirates maklum penerbangan berjadual terakhir dari Algeria 3 Februari 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.