Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tiga pemain ski maut dalam runtuhan salji di Tenggara Perancis
  • GLOBAL

Tiga pemain ski maut dalam runtuhan salji di Tenggara Perancis

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMATIAN akibat runtuhan salji berlaku di pusat peranginan Val D’Isere di Pergunungan Alps Perancis. Foto AGENSI

PARIS: Tiga pemain ski maut pada Jumaat selepas terperangkap dalam runtuhan salji di Val-d’Isere yang terletak di Wilayah Savoie, Perancis, lapor Xinhua memetik media tempatan.

Runtuhan salji itu melanda kesemua enam pemain ski, dengan empat daripadanya ditemani oleh malim profesional, lapor akhbar harian Perancis Le Monde yang memetik kenyataan dikeluarkan oleh pusat peranginan berkenaan.

Meskipun perkhidmatan menyelamat tiba dengan pantas, tiga mangsa disahkan meninggal dunia, menurut laporan itu sambil menambah bahawa kesemua mereka dilengkapi dengan alat pemancar runtuhan salji.

Perkhidmatan cuaca kebangsaan, Meteo-France, telah meletakkan Wilayah Savoie di bawah amaran merah bagi risiko runtuhan salji pada Khamis.

Val-d’Isere merupakan pusat peranginan ski di Savoie yang terkenal sebagai destinasi sukan musim sejuk. Beberapa kematian akibat runtuhan salji dilaporkan berlaku di kawasan itu baru-baru ini. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gunung Semeru meletus lima kali, aliran piroklas cecah tiga kilometer
Next: Mengapa marmar Masjidil Haram kekal sejuk walaupun dalam cuaca panas melampau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.