Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gunung Semeru meletus lima kali, aliran piroklas cecah tiga kilometer
  • GLOBAL

Gunung Semeru meletus lima kali, aliran piroklas cecah tiga kilometer

Utusan Sarawak 16 hours ago
GUNUNG Semeru.

JAKARTA: Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia meletus sebanyak lima kali hari ini, sehingga mencetuskan aliran piroklas sejauh 3,000 meter, menurut pihak berkuasa.

Pegawai Pos Pemerhatian Gunung Semeru, Sigit Rian Alfian berkata gunung berapi yang terletak di sempadan daerah Lumajang dan Malang itu kekal pada status Amaran (Tahap 3) susulan siri letusan yang bermula pada 7.42 pagi waktu tempatan, lapor agensi berita ANTARA.

Beliau berkata tiga letusan pertama berlaku pada 7.42 pagi, 10.56 pagi dan 12.46 tengah hari, yang masing-masing menghamburkan kepulan letusan setinggi kira-kira 1,000 meter di atas puncak, dengan aliran piroklas bergerak sejauh 3,000 meter ke arah tenggara semasa letusan kedua.

Sigit berkata gunung berapi itu meletus sekali lagi pada 2.22 petang, menghasilkan kepulan letusan setinggi 800 meter di atas puncak dan aliran piroklas sejauh 2,500 meter ke arah tenggara.

“Aliran piroklas berlaku sekali lagi semasa letusan kelima pada 2.31 petang dengan jarak luncuran kira-kira 2,500 meter ke arah tenggara, atau Besuk Kobokan,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai supaya mematuhi saranan Pusat Volkanologi dan Pengurangan Bencana Geologi (PVMBG) dan menasihatkan mereka agar tidak melakukan sebarang aktiviti di sektor tenggara sepanjang Besuk Kobokan dalam radius 13 kilometer dari puncak.

Penduduk juga diminta supaya sentiasa berwaspada terhadap potensi aliran piroklas, runtuhan lava, dan aliran lahar di sepanjang saluran sungai dan lembah yang berpunca dari puncak Gunung Semeru, terutamanya di sepanjang Besuk Kobokan, Besuk Bang, Besuk Kembar, dan Besuk Sat, serta potensi aliran lahar di anak sungai kecil yang bersambung dengan Besuk Kobokan.

-Bernama  

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kru NASA bersedia berlepas ke ISS
Next: Tiga pemain ski maut dalam runtuhan salji di Tenggara Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.