Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pesawat penumpang nyaris terhempas dekat Prague
  • GLOBAL

Pesawat penumpang nyaris terhempas dekat Prague

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto hiasan

PRAGUE: Sebuah pesawat dalam perjalanan dari Lisbon ke Prague dilaporkan nyaris mengalami tragedi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Akhbar Czech, MF Dnes, melaporkan pada Khamis bahawa pesawat tersebut kehilangan ketinggian secara mendadak sehingga berada hanya sekitar 300 meter dari aras bumi. Hanya selepas itu juruterbang berjaya menarik semula pesawat Airbus A320neo tersebut ke atas.

Institut Siasatan Kemalangan Udara Czech telah membuka siasatan.

“Kami sedang menyiasat kejadian ini sebagai insiden serius,” kata seorang jurucakap rasmi.

Sistem radar kawalan trafik udara menunjukkan pesawat itu terbang di bawah ketinggian yang ditetapkan. Seorang pengawal trafik udara kemudian memberi amaran kepada kru.

Kejadian itu berlaku hampir sebulan lalu berhampiran Istana Krivoklat, sekitar 35 kilometer di barat Lapangan Terbang Antarabangsa Prague.

Seorang penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut memberitahu edisi dalam talian akhbar Pravo bahawa “keadaan itu sangat mengerikan kerana saya menyangka kami terpaksa mengelak sesuatu halangan.” Pada saat itu, katanya, beliau hanya teringat pada keluarganya.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Warga Brazil dipenjara 18 tahun seludup kokain ke Bali
Next: Kru NASA bersedia berlepas ke ISS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.