Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tahun Baharu Cina platform perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak
  • TEMPATAN

Tahun Baharu Cina platform perpaduan masyarakat berbilang kaum di Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
MERIAH… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Datuk Rosey Yunus dan Datuk Ripin Lamat merakam kenangan di suasana kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Subis di Bekenu, malam tadi.

BEKENU: Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar acara kebudayaan, malah menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata perkembangan pesat di Sarawak dalam tempoh sedekad lalu adalah hasil kestabilan politik, perancangan pembangunan berterusan serta pengurusan kewangan negeri yang kukuh.

“Pelbagai inisiatif kerajaan negeri dalam bidang pendidikan, kesihatan dan kebajikan sosial terus diperkasakan bagi memastikan rakyat, khususnya golongan muda, mendapat peluang yang lebih baik untuk melanjutkan pelajaran serta meningkatkan taraf hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Subis di sini, semalam.

TERIMA KASIH… Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menerima cenderahati daripada Penghulu Choo Chong Yee, turut kelihatan di sini ialah Datuk Rosey Yunus dan Datuk Ripin Lamat pada sambutan Tahun Baharu Cina 2026 Peringkat Daerah Subis di Bekenu, malam tadi.

“Perayaan seperti Tahun Baharu Cina bukan sahaja sambutan budaya, tetapi platform untuk kita mengukuhkan perpaduan dan semangat kekitaan rakyat Sarawak. Dalam tempoh 10 tahun ini, kita dapat melihat banyak perubahan dan kemajuan hasil kestabilan serta perancangan pembangunan negeri.

“Apa yang penting, kita terus memastikan peluang pendidikan, kesihatan dan kebajikan rakyat dipertingkatkan supaya generasi muda dapat menikmati masa depan yang lebih baik,” katanya.

Tambahnya, masyarakat diingatkan agar terus mengekalkan nilai keseimbangan, hormat-menghormati dan semangat kekitaan dalam membina masa depan Sarawak yang lebih maju dan inklusif.  

Sambutan tersebut dimeriahkan dengan acara ‘yee sang’ oleh tetamu kehormat dan dif kenamaan lain sebagai simbolik perasmian, selain pelbagai persembahan kebudayaan, jamuan masyarakat serta penyampaian angpau yang menghimpunkan penduduk setempat tanpa mengira latar belakang, selari dengan aspirasi perpaduan dan pembangunan negeri.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat, Pengerusi Pengelola, Penghulu Choo Chong Yee dan wakil pemimpin masyarakat dan ketua kaum setempat.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap tegaskan tidak arah penjaja tampal poster politik di pasar
Next: ​Dayang Noorazah salur sumbangan kepada atlet para renang Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.