Wilfred Yap tegaskan tidak arah penjaja tampal poster politik di pasar

Facebook
WhatsApp
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin mengagihkan kuplet Tahun Baharu Cina, kotak hadiah dan kalendar kepada peniaga di Pasar Batu 7, Kota Sentosa.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin, menegaskan bahawa lawatannya ke Pasar Batu 7 baru baru ini, adalah sempena sambutan Tahun Baharu Cina bagi menyampaikan kalendar, kuplet perayaan dan kotak hadiah kepada para peniaga sebagai tanda penghargaan.

Beliau berkata, beliau hanya menyerahkan barangan tersebut secara langsung kepada peniaga dan tidak pernah mengarahkan sebarang poster atau bahan politik dipasang di dalam kawasan pasar. Sebarang hiasan yang dipamerkan adalah atas inisiatif peniaga sendiri.

Menurutnya, para peniaga turut menzahirkan penghargaan atas peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sebanyak RM400,000 bagi menaik taraf pasar serta RM205,000 untuk menaik taraf tandas awam yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Katanya, berkata isu ini tidak sepatutnya dipolitikkan dan menegaskan bahawa tumpuan harus diberikan kepada usaha pembangunan demi keselesaan peniaga dan pengunjung.

Oleh Connie Chieng