Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • MOF teliti penggunaan MyKad bagi pembelian minyak masak bersubsidi
  • BISNES

MOF teliti penggunaan MyKad bagi pembelian minyak masak bersubsidi

Utusan Sarawak 5 hours ago
MENTERI Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti cadangan memperluas penggunaan ekosistem digital berasaskan MyKad, termasuk integrasi dengan sistem Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi memperkukuh pengesahan identiti dalam penjualan minyak masak bersubsidi.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata MOF bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tujuan berkenaan terutamanya melibatkan penggunaan MyKad untuk Sistem Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (eCOSS).

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan ketirisan dapat dibendung serta subsidi disalurkan secara mudah, adil dan tepat kepada golongan sasar.

“Pendekatan ini dapat memanfaatkan infrastruktur sedia ada tanpa memperkenalkan kaedah tambahan yang membebankan rakyat, sekali gus memastikan hanya warganegara yang layak menikmati subsidi,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai rancangan kerajaan untuk mereplikasikan kejayaan mekanisme penyelarasan subsidi BUDI MADANI (BUDI 95) ke barangan lain seperti minyak masak dan gula.

Beliau berkata penggunaan MyKad sebagai mekanisme pengesahan kelayakan dalam penyasaran subsidi telah terbukti berkesan dan praktikal terutamanya menerusi pelaksanaan BUDI 95.

“Sistem BUDI95 memproses secara purata 3.1 juta transaksi sehari tanpa masalah gangguan. Tahap penggunaan yang tinggi menunjukkan mekanisme MyKad mudah diakses, stabil dan diterima baik rakyat.

“Keberkesanan ini turut disokong pelaksanaan SARA 2025 yang merekodkan kadar penggunaan 99 peratus melalui MyKad,” katanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali semasa persidangan Dewan Rakyat pada 29 Januari lepas memaklumkan, KPDN sedang dalam fasa perbincangan dengan MOF bagi pelaksanaan cadangan menggunakan kad pengenalan sebagai opsyen pembelian minyak masak peket bersubsidi. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar ekonomi bernilai tinggi, perkukuh kedudukan dalam ASEAN
Next: Keuntungan bersih Maxis meningkat, cecah RM1.56 bilion bagi TK2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.