Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Bintulu Port terlindung daripada kesan tarif AS, fokus kepada pasaran Asia
  • TEMPATAN

Bintulu Port terlindung daripada kesan tarif AS, fokus kepada pasaran Asia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) Datuk Ruslan Abdul Ghani (lapan, kiri) bergambar bersama wakil media selepas menyampaikan plak penghargaan pada Malam Penghargaan Media BPHB 2026 malam semalam. Turut sama Pengerusi BPHB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. Foto BERNAMA

KUCHING: Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) sebahagian besarnya masih terlindung daripada kesan langkah tarif Amerika Syarikat (AS) disebabkan oleh pendedahan perdagangannya yang terhad kepada pasaran As, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulannya Datuk Ruslan Abdul Ghani.

Beliau berkata aliran perdagangan pelabuhan itu kebanyakannya tertumpu di Asia Timur, terutamanya China dan Jepun serta negara-negara Eropah terpilih.

“Kami tidak begitu terjejas olehnya kerana kami sebenarnya tidak banyak berdagang dengan AS. Kebanyakan produk terutamanya di Samalaju adalah untuk negara-negara di Asia Timur…ke China dan ke Jepun,” katanya ketika ditemui pemberita di Malam Penghargaan Media BPHB 2026, di sini, malam semalam.

Ruslan berkata walaupun kesan langsung daripada dasar tarif AS setakat ini adalah minimum, pelabuhan itu boleh menghadapi kesan tidak langsung sekiranya rakan perdagangan utama seperti China dan Jepun terjejas dengan ketara.

“Jika China dan Jepun terjejas oleh tarif AS, sudah tentu kita akan terjejas. Tetapi setakat ini, sejak setahun kebelakangan ini, kami belum melihat impak yang begitu besar kepada Bintulu Port. BPHB masih agak terlindung di bawah persekitaran perdagangan global semasa,” katanya.

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Bhd (BPHB) Datuk Ruslan Abdul Ghani (kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada Pegawai Berita Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) Biro Sarawak Rozlin Rusharmeen Rosmin (tengah) pada Malam Penghargaan Media BPHB 2026, di sini, malam semalam. Turut sama Pengerusi BPHB Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (dua, kiri). Foto BERNAMA

Sementara itu, Ruslan berkata Bintulu Port sedang mempercepatkan agenda transformasi digitalnya untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing operasi.

Beliau berkata memandangkan BPHB menyasarkan untuk menjadi pelabuhan digital sepenuhnya menjelang 2030, syarikat itu telah melaksanakan beberapa inisiatif utama sejak tiga tahun lepas termasuk sistem pintu pintar dan teknologi pengecaman plat lesen.

Beliau berkata pelabuhan itu juga sedang dalam proses memasang Sistem Pengendalian Pelabuhan (POS) yang canggih, seiring dengan sistemdigunakan di terminal Fasa 4 Yangshan Shanghai, bertujuan untuk menyediakan platform operasi bersepadu sepenuhnya dan canggih untuk pelanggan.

Selain itu, sistem pengurusan marin, infrastruktur kamera litar tertutup (CCTV) yang dipertingkatkan dan teknologi dron telah diperkenalkan untuk memperkukuh keupayaan pemantauan dan operasi.

“Kami telah melaksanakan penggunaan dron dan mempunyai nested drone dan kami merupakan yang pertama di Malaysia yang mempunyainya, justeru untuk masa depan terdapat beberapa perkara lagi yang mahu kami lakukan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa penguatkuasaan adil dan konsisten oleh MPP
Next: Pos kawalan sempadan dinaik taraf, kebajikan anggota terus diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.