Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Semua kru dan penumpang terselamat dalam nahas pesawat di Somalia
  • GLOBAL

Semua kru dan penumpang terselamat dalam nahas pesawat di Somalia

Utusan Sarawak 6 hours ago
PETUGAS kecemasan kelihatan di lokasi nahas sebuah pesawat StarSky selepas ia terhempas sejurus berlepas dengan 55 penumpang di dalamnya di Mogadishu, pada 10 Februari 2026. Foto AFP

MOGADISHU: Sebuah pesawat membawa 55 orang yang berlepas daripada landasan Lapangan Terbang Mogadishu  mendarat berhampiran pesisir pantai Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Semua penumpang dan kru terselamat dalam nahas itu, namun pesawat jenis Fokker itu mengalami kerosakan teruk.

Pihak berkuasa penerbangan Somalia pada Rabu memaklumkan yang punca kejadian yang berlaku sehari sebelumnya itu masih belum dapat dipastikan.

Penerbangan domestik itu dalam perjalanan ke Wilayah Galguduud di tengah Somalia. Disebabkan ancaman serangan oleh militan al-Shabaab, ramai rakyat Somalia memilih untuk menaiki penerbangan domestik berbanding melakukan perjalanan darat.

Lapangan terbang yang terletak berhampiran kawasan pentadbiran kerajaan di Mogadishu itu pernah beberapa kali menjadi sasaran serangan roket sebelum ini. Ketika berlepas dan mendarat, juruterbang akan membawa pesawat secepat mungkin ke arah laut terbuka yang berada di luar zon bahaya. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Xi ucap selamat Tahun Baharu Cina 2026
Next: BMW panggil balik ratusan ribu kereta di seluruh dunia akibat risiko kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.