Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kebocoran gas di SK Tudan: Kawalan keselamatan dipertingkat, sekolah diteruskan seperti biasa
  • WILAYAH

Kebocoran gas di SK Tudan: Kawalan keselamatan dipertingkat, sekolah diteruskan seperti biasa

Utusan Sarawak 4 hours ago
MESYUARAT… Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Dato Sri Lee Kim Shin semasa menghadiri mesyuarat penyelarasan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri berhubung Insiden kebocoran gas yang dikesan di tapak Projek Pembinaan Semula Bangunan Daif dengan Bangunan Tambahan di SK Tudan, Miri, baru-baru ini.

MIRI: Insiden kebocoran gas yang dikesan di tapak Projek Pembinaan Semula Bangunan Daif dengan Bangunan Tambahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan di sini pada Jumaat lepas disahkan berada dalam keadaan terkawal dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Menteri Pengangkutan, merangkap Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Dato  Sri Lee Kim Shin berkata kebocoran itu dikesan semasa kerja-kerja cerucuk  dijalankan di tapak projek berkenaan.

Beliau berkata sejurus menerima laporan, Polis Diraja Malaysia (IPD), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Zon 6 Miri serta agensi berkaitan telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan dan siasatan awal.

“Saya bersama agensi berkaitan turut mengadakan lawatan ke tapak kejadian dan seterusnya menghadiri mesyuarat penyelarasan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian Miri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DITUTUP… Dua lubang cerucuk yang mengeluarkan gas telah ditutup menggunakan kanvas oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia. 

Menurut Kim Shin,  sampel gas telah dihantar ke Makmal Jabatan Kimia Malaysia cawangan Bintulu untuk analisis lanjut dan pengesahan awal dibuat oleh Ketua Bahagian Sekitaran dan Industri jabatan itu, Mohd Fathi Zaini Shafie.

Hasil pemantauan mendapati dua lubang cerucuk yang mengeluarkan gas telah ditutup menggunakan kanvas oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia dan seorang pekerja ditempatkan di tapak binaan bagi tujuan kawalan keselamatan.

Kim Shin berkata semua kerja pembinaan telah dihentikan serta-merta sehingga siasatan lanjut oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Sarawak selesai, dengan JMG dijadual turun ke lokasi hari ini bagi pengesahan kapasiti gas.

Selain itu, kawasan tapak projek telah ditutup dan pemaju diarahkan menjalankan pemantauan berkala.

Bagaimanapun, katanya SK Tudan dibenarkan meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa, namun aktiviti berhampiran tapak projek perlu dielakkan sebagai langkah berjaga-jaga.

Beliau turut meminta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) memaklumkan penduduk supaya tidak memasuki kawasan tapak projek serta mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka dan penggunaan mercun, khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Kerajaan Sarawak memberi jaminan bahawa keselamatan orang awam adalah keutamaan dan pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya sambil menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Karnival Tahun Kuda 2026 meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.