Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Operasi Pencegahan Jenayah diperhebat di Bau menjelang Tahun Baharu Cina
  • TEMPATAN

Operasi Pencegahan Jenayah diperhebat di Bau menjelang Tahun Baharu Cina

Utusan Sarawak 6 hours ago
POLIS melakukan sekatan jalan raya di lokasi strategik bagi membanteras kegiatan jenayah, baru-baru ini. Foto IPD Bau

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah mengeluarkan lima saman selepas memeriksa 127 kenderaan dan 139 individu dalam satu Operasi Pencegahan Jenayah Bersepadu yang dijalankan di sini, hujung minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman, berkata operasi tersebut dilaksanakan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina yang semakin hampir, selaras dengan komitmen polis dalam memastikan keselamatan awam dan ketenteraman masyarakat.

POLIS melakukan sekatan jalan raya di lokasi strategik bagi membanteras kegiatan jenayah, baru-baru ini. Foto IPD Bau

Menurut beliau, operasi bersepadu itu melibatkan rondaan pencegahan jenayah, pemeriksaan kenderaan dan individu, serta pemantauan keselamatan di kawasan bandar, kawasan perumahan dan laluan yang dikenal pasti berisiko.

Beliau menambah bahawa operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kehadiran polis sentiasa dirasai oleh masyarakat serta bagi mencegah sebarang bentuk kegiatan jenayah.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sumbangan kerajaan sokong keperluan asas penerima JKM
Next: Rakyat Sarawak guna sara untuk persiapan Ramadan, dapat ringankan beban

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.