Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 Miri salur RM933,000 kepada 933 penerima
  • Utara
  • WILAYAH

Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 Miri salur RM933,000 kepada 933 penerima

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENYAMPAIKAN…Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus menyampaikan angpau kepada salah seorang penerima pada majlis tersebut. 

MIRI: Seramai 933 penerima bantuan kebajikan berbangsa Cina di sini menerima sumbangan sempena Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2026 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 150 penerima hadir pada majlis yang diadakan di Hotel Dynasty Miri dan menerima sumbangan tunai RM100 setiap seorang.

“Baki 783 penerima yang tidak dapat hadir akan menerima sumbangan RM100 yang dikreditkan terus ke akaun masing-masing, menjadikan keseluruhan peruntukan berjumlah RM933,000,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus.

Menurut Fatimah, majlis berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta menceriakan penerima bantuan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di samping membantu meningkatkan kualiti hidup keluarga kurang berkemampuan.

Majlis itu merupakan kerjasama antara Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Miri dan pihak Hotel Dynasty Miri yang menyediakan fasiliti secara percuma.

Hotel berkenaan turut menyumbang hamper makanan bernilai RM150 setiap satu kepada 150 penerima yang hadir, melibatkan jumlah keseluruhan RM22,500.

Sementara itu, Pengarah Urusan Hotel Dynasty, Tony Pui dalam ucapannya berkata, program berkenaan telah menjadi acara tahunan hotel itu sejak lebih 26 tahun lalu, manakala kerjasama bersama JKM Miri pula telah terjalin selama 24 tahun.

“Melalui program ini, pihak hotel berharap dapat berkongsi rezeki dan menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina bagi golongan yang memerlukan di sekitar Miri,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Gangguan bekalan air berjadual di Sebuyau hari ini
Next: Wilfred Yap serah geran MRP RM30,000 kepada Gereja Sacred Heart

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.