
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat maut dalam kejadian runtuhan salji di tiga lokasi berasingan di Pergunungan Alps, utara Itali semalam, menurut laporan media tempatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Satu kematian dilaporkan di Bellamonte manakala satu lagi di Punta Rocca yang terletak di massif Marmolada. Sementara itu, dua lagi mangsa maut di kawasan Valtellina.
Insiden terbaharu itu berlaku selepas dua lagi kematian berkaitan runtuhan salji yang dilaporkan awal minggu ini.- Bernama-Anadolu