Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • GPS akan mengadakan konvensyen 19 April depan
  • SEMASA

GPS akan mengadakan konvensyen 19 April depan

Utusan Sarawak 6 hours ago
 SETIAUSAHA Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi bersama pemberita selepas selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB, di Petra Jaya, hari ini. Foto Adele Rissa

PETRA JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan mengadakan konvensyen April tahun ini, dengan tarikh sementara dicadangkan pada 19 April depan bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Sri Alexander Nanta Linggi, berkata perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Tahunan Majlis Kepimpinan Tertinggi (SLC) GPS, selaras dengan keperluan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun.

“Cadangan penganjuran perhimpunan agung itu dikemukakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan akan melibatkan penyertaan wakil daripada keempat-empat parti komponen GPS, namun jumlah perwakilan masih belum ditetapkan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kepimpinan Tertinggi GPS di Ibu Pejabat PBB, di sini, hari ini. 

Mesyuarat turut mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Induk bagi mengendalikan perhimpunan tersebut yang akan diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, dengan timbalan-timbalan terdiri daripada presiden parti-parti komponen iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan SUPP.

Beliau berkata Uggah akan memanggil beberapa mesyuarat susulan bagi menubuhkan jawatankuasa berkaitan dalam persiapan mengadakan Konvensyen GPS itu.

“Tema perhimpunan agung berkenaan akan menjurus kepada pencapaian Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030 (PCDS 2030), seperti yang digariskan oleh Premier Sarawak,” tambahnya. 

Mengulas sama ada konvensyen itu berkait dengan persediaan menghadapi pilihan raya, beliau menjelaskan GPS sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan termasuk pilihan raya, namun menegaskan perhimpunan agung itu merupakan yang pertama sejak penubuhan GPS pada 2019, selepas hanya pelancaran dibuat pada tahun berkenaan tanpa sebarang konvensyen.

Berhubung isu penambahan 17 kerusi Parlimen, beliau berkata pihaknya masih belum mempunyai maklumat terperinci termasuk garis masa untuk dibawa ke Parlimen, walaupun perkara itu sedang diusahakan.

Sementara itu, mengenai tarikh pilihan raya, beliau menjelaskan perkara tersebut bergantung sepenuhnya kepada keputusan Premier Sarawak.

Oleh Adele Rissa dan Norman B

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: GPS rancang gerak kerja bersama dekati rakyat akar umbi
Next: Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen – Nanta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.